20 February 2013

Alhamdulillah demam aufa dah kebah..tapi..

Last 2 weeks Aufa dah demam, selsema dan batuk.lepas tu dah ok.dah lega dan dia pun main,makan macam biasa.tapi weekend haritu tiba-tiba dia demam lagi.siap cirit-birit, muntah-muntah.teruk jugak sebab dia tak mau main, tak mau makan.nasib baik still nak minum air.takut sangat dia dehidrasi.

Bawak pergi Children Hope Hospital kat sungai ara.doktor tu cuma cakap, mungkin perut dia tak selesa sebab mungkin dia ada makan or masukkan something kotor dalam mulut. memang aufa uka sangat masuk barang dalam mulut.Suhu badan aufa memang tinggi.doktor nak masukkan ubat ikut bontot.tapi oleh sebab aufa cirit birit, doktor tu cuma bagi ubat demam ikot mulut on the spot la.memang suhu dia turun.tapi aku tau dah lepas 4-5jam mesti suhu dia naik balik.

pukul 4 pagi suhu badan dia naik balik.aku berjaga sepanjang malam monitor suhu badan dia.jelum dengan air asam dan bagi minum air kerap.hari ahad mak abah aku datang penang sebab risau.petang ahad aufa sampai berguling-guling macam sakit perut sangat-sangat.mak aku sapu minyak dan bacakan ayat-ayat Al-Quran sikit dan alhamdulillah dia ok dan terus tidur.esok hari isnin tu demam dia dah kebah dan dah tak muntah.tapi cirit masih ada tapi tak sekerap sebelum tu.tapi aufa nampak selalu letih.tapi masih lagi bangun dan main.Alhamdulillah.

semalam hari selasa, babysitter cakap aufa main macam biasa.tapi bila dia letih dia pergi baring-baring atas katil.lepas tu sambung main.kesian sangat.mungkin letih sebab belum recover sepenuhnya.makan pun dah macam biasa.semua benda pun dia nak makan.tapi aku dah pesan kat babysitter jangan bagi makan berat-berat sangat sebab perut dia tak ok lagi,susah nak hadam.aku bekalkan air barli, roti bakar pisang.nasi tak bagi sebab memang dia takmau makan nasi.nasib baik la susu dia nak dan air minum banyak jugak. aku ada baca kalau baby cirit birit kena stopkan dulu susu.tapi memang tak sampai hati sangat-sangat bila aufa amik botol dan tunjukkan kat aku cakap "nak..nak".oh sungguh menghiris jiwa raga.aku buat la sikit susu.bila dia marah sebab tak kenyang,aku bagi air kosong/air garam (yang doktor bagi).

malam tadi aufa dah bangun lari-lari main dengan dedi macam biasa.cuma kadang-kadang dia macam letih sket dan sentiasa nak ibu ada dekat.asyik "mama..mama..mama" lepas tu bergantung kat kaki ibu.

esok dah amik cuti untuk checkup susulan.tengok macamana condition dia.takut dia demam semula.sebab ada kes anak kawan.demam asyik ON OFF, rupanya dah kena jangkitan kuman,kuman dah naik ke paru-paru.Nauzubillah..mintak la Allah jauhkan semua tu dari Aufa.

Semoga cepat sembuh sayang, semoga Allah sentiasa pelihara Aufa. AMIN.

 

No comments: