19 April 2011

Perasaan atau Perasan?

dah seminggu asyik rasa tak sedap badan.perut selalu kembung. mungkin juga angin.selalu rasa letih sangat.lebih dari biasa. paling obvious sekali selalu rasa mengah.

2,3 hari lepas tertengok satu facebook yang menggunakan nama 'Allahyarhamah...". menurut komen-komen didalam facebook itu, pemiliknya sudah pun meninggal dunia.sebabnya, fibroid
semasa usia kandungan 3 bulan.mungkin akibat komplikasi.


lepas tu terus rasa takut.sejarah keluarga sebelah mak memang ada sejarah fibroid.mak ada 4 adik beradik.semuanya pernah kena fibroid.mak cakap antara tanda-tanda fibroid ialah
rasa mengah.
takut pulak nak pergi jumpa doktor.

kak aku cakap, kalau pregnant pun rasa mengah-mengah jugak.tapi takkan pulak aku pregnant? tak rasa loya-loya pun.cuma letih.sengal-sengal bahagian bawah perut.mungkinkah aku pregnant?? kalau betul alhamdulillah la.

next period dalam seminggu lagi.so tunggu tengok macamana. kalau miss so terus pergi cari pregnancy test la.kalo period wassalam la.tak mau la mengharap sangat. takut kecewa plak.
kadang-kadang kalau kita terlalu mengharap sangat, bayangan tu berlebihan, mula la rasa macam-macam.kan?kan?so aku takmau la benda tu 'perasaan' saja atau 'perasan'...

No comments: