29 April 2011

Rasa happy macam nak terbang

semalam pergi klinik.tunggu dekat sejam just untuk jumpa doktor selama 5minit. nasib baik la aku ni dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dan susah nak marah orang.ehehehe.

ok.sambung.jumpa doktor.hensem betol doktor.ingatkan malay, rupanya india.muda plak tu.terpesona sat tengok muka doktor.tapi service memang failed.rasa macam aku pulak yang doktor.

doktor (D) : ye, ada masalah apa cik?
aku (A) : saya nak buat pregnancy test. saya dah buat kat rumah.positif.cuma nak confirmkan je.
D : kenapa? you takut ke? dah kahwin belum?
A : taklah.kenapa nak takut pulak.i dah kahwin la.
D : ok.sekejap ye.(panggil nurse tanya kat mana letak UPT then suruh nurse panggil orang lain masuk sebab maybe ambil masa sebab nak g toilet amik sample dulu)
Nurse : ok adik.mari ikut saya.
Lepas 5 minit.
Nurse : ok.tahniah.pregnant.ok.tak ada apa-apa lagi. (means aku boleh blah).

gila sat.aku tak puas hati.aku cakap nak jumpa lagi doktor.tanya lebih detail.then nurse cakap ok.aku suruh doktor kira due date.apa patut aku amik during pregnancy dan lain-lain. paling tak boleh blah, aku sendiri mintak asid folik dan supplement lain.doktor tu langsung tak suggest apa-apa.punah mood tengok muka hensem doktor.hampeh.

pastu pergi beli susu anmum.hehehe.excited.sori la aku cerita ke-excited-tan aku kat sini.sapa tak excited bila pregnant anak pertama kan. kalau boleh nak letak dalam surat khabar.haha.

rupanya susu anmum ada banyak jenis.anmum materna, anmum essential dan lain-lain. so untuk pregnancy amik anmum materna.pagi tadi start minum susu. serius.rasa susu anmum materna macam rasa susu WEIGHT GAIN appeton.hahahaha.lazat berkrim.

so sekarang cuma kena kawal emosi.jaga pemakanan, jaga kesihatan. aku malas gila makan buah ni.macamana nak buat ntah. sayur pun memilih.

aku tengok, enchek husband yang emosi lebih-lebih.pehal ntah...moody ja memanjang.makan pun tak ingat dunia.macam dia pulak yang mengandung.

feeling-feeling untuk bulan pertama :

1. mengah as usual
2. pening-pening ringan.tapi tak pulak rasa loya.
3. badan selalu berangin.perut rasa macam kembung ja selalu.
4. selera berkurang.tak lalu nak makan.
5. breast rasa sakit.
6. badan panas siang malam.tapi bukan demam pun.

harap aku tak dak la morning sickness yang dasyat...ada setengah orang sampai berhenti kerja sebab tak larat yang teramat.so doakan aku sihat-sihat dan cergas selalu.hehehe.

3 comments:

~~Masharul~~ said...

Finally..Congratz again Puan Husna..Take care always..:-)
ps: dh de widget babystrology kt knn ni..hehe..

datulkisya said...

hahaha sama r simpton yang sama...husna g kinik mane

Husna said...

simptom mak byung la katakan..hehehe..g klinik sg ara panel.tp cm hampeh dok tu.nak tunggu 2bln bru nak gi buat kad dkt kk..