26 April 2011

Pregnancy Test?

malam tadi pergi beli barang rumah dekat mydin bukit jambul. enchek suami nak pergi beli housing henpon.aku plak nak pergi watson.nak beli...Pregnancy Tester. hehehehe.

bajet perasan cam pregnant sebab period tak mai-mai lagi melepasi tarikh sepatutnya. sebab period aku selalu memang ontime.akan awal dalam 2-4 hari. kakak aku dah suruh test dari last week lagi sebab aku dok mengadu sakit-sakit bawah perut.enchek suami pulak dok mengadu badan aku asyik panas. dari pagi sampai malam. tapi aku macam bermalas-malasan sebab simptom-simptom tu bagi aku biasa ja.

then bila kerap sangat rasa sengal-sengal bawah perut, aku jadi takut pulak.keluarga aku ada sejarah fibroid. so aku terus pi check doktor.doktor cuma bagi ubat. katanya kalau tetap sakit, datang balik selepas 2,3hari. dia nak scan.aku ada tanya pasal possibility pregnant tu.tapi doktor cakap terlalu awal. lagipun period aku tak sampai tarikh lagi.

ok.fine.aku makan sebiji ja ubat doktor bagi.pastu tak makan dah.sebab tak berapa sakit dah.bangun pagi tiap-tiap hari pun macam biasa ja. tak rasa plak loya-loya. tu yang membuatkan aku tak pasti. cuma rasa letih dan mengah dalam 2 minggu ni. macam nak kena astma pun ada.

so pagi tadi dengan penuh semangatnya bangun awal. masak nasik untuk bekalan enchek suami ke tempat kerja.kemudian cuba buat pregnancy test. takut pulak nak tengok result.dalam buku manual cakap kena tunggu dalam 5minit baru nampak.tapi dalam masa 2minit dah nampak.positif or negatif?

kemudian terus snap gambar dan mms kakak aku, nak tanya pendapat.dia balas,

"confirm positif!".



nampak 2 line tu?nampakkan? Alhamdulillah..kalau aku tak rabun lagi dan pregnancy tester ni tak menipu, 2 line bermaksud 'berisi' la..senyum sampai telinga.muehehe.tapi tak berani nak cakap la.selagi tak pergi check kat klinik, tak confirm lagi.pregnancy test pun bukan boleh percaya sangat.walaupun dia tulis kat situ 99% tepat kan.hehehe.

so mungkin dalam 2,3hari lagi nak pergi check kat klinik.harap ramalanku benar belaka.hehehehe.

tau apa kata enchek suami lepas tunjukkan result pregnancy test dan sesi menerangkan pasal 2 line kepada beliau,

"yesss...berjaya, rasa macam hebat"

apekah.....

5 comments:

in☂an Jun$u said...

wah!serius ke ni?tahniah la...aku ni dok kumpul anak sedara ja...kawan2 dah kawen,dah beranak pinak.aku ja tak sampai masa lagi.sedey woo... :(

neway,kalo betul confirm tu,ang kne jaga pemakanan...jaga kesihatan tu.soh la laki ang kurang merokok.kalo nk isap rokok gak,soh dia dok jauh2.hehe..

~~Masha~~ said...

Wah2..best nye husna..dh nk jadi mummy..congratz..huhu, cm xsbq plak nk kawen, nk de baby..hehe.tp kte lmbt lg..happy dgr ko happy..btw..take care k dear..ade rezeki nnti kte jumpa na..:-)

Anna said...

intan..hahaha.serius la.xkan la aku main2 pulak..ala,aku doakan ang pon cepat kawin.ang pon bknnya single kan..cepat kumpul duit.x sabaq nk pi kenduri ang.hehehe.

masha,hehe tima kasih.ang pun xlama dah nk kenduri kan?tengok preparation cam havoc ja.hehe.semoga semua bjalan lancar la na.kenduri nnti jmput aku.insyaAllah aku sampai.

Liyana Aziz said...

agak2 kan, dah lambat ke yana nak wish congrats? belum lagi ark?? apa2 pun, congrats to akak and hubby... semoga semuanya sihat dan berjalan lancar.. =)

Anna said...

tnx liyana.heee...x lambat pun.hehehe.ye.harap macam tu la..=)