22 April 2011

Perasaan menjadi orang yang tak penting

saya gembira menjadi orang tak penting.sebab saya tahu, saya bukan dilahirkan untuk menjadi seorang yang penting. cukuplah saya bahagia dengan apa yang saya ada.

gembira juga bila masuk opis lambat, dan balik awal, tak ada siapa pun yang perasan. even bila saya ambil mc, semua orang pun tak tau saya mc. hahahaha. saya amat gembira.

bila jadi orang tak penting, kesalahan yang dilakukan tak begitu obvious.

dalam kelas, cikgu dan lecturer tak perasan. so tak payah jawab soalan. kadang-kadang, bila final year, pergi jumpa lecturer, lecturer cakap, "i didn't notice you in my class. you ni student i ker??".harharhar!

seperti menjadi seorang yang invisible. saya memang tak sukakan perhatian. takut perhatian itu menimbulkan perasaan yang memudaratkan diri saya. seperti RIAK. juga tidak suka mendengar pujian. pujian berlebihan yang kadang-kadang seperti bukan ditujukan untuk saya.

saya bukan seorang yang cantik, bukan juga seorang yang hodoh. dicipta sempurna seadanya oleh Allah SWT. saya puas hati dan bersyukur. jika saya seorang yang cantik, pasti saya menjadi perhatian. banyak mata memandang. malu jika jadi begitu. muka dan bontot terasa kembang. jalan rasa macam terkangkang.pelik.

pernah dengar dongeng, "kalau awak cantik, suami pasti kurang hensem, kalau suami hensem, awak kurang cantik". agak kurang asam dongeng itu. kununnya keadaan jadi begitu untuk keseimbangan.melengkapi. bagi saya konsep melengkapi itu bukan pada luaran saja. Tuhan takkan me-malangkan hambanya dengan mengurniakan isteri atau suami tidak molek. hanya Tuhan saja yang tahu kelebihan dan kekurangan hambanya lalu diwujudkan keserasian itu dan dijodohkan supaya dapat hidup bahagia sampai syurga.

saya tak pasti kondisi saya sekarang macamana. rasanya saya dan suami, dua-dua biasa-biasa saja. sudah pasti saya akan kata suami saya itu kacak, sebab dia suami saya. peduli apa orang lain nak kata sebab bukan orang lain yang bagi saya makan pun.

saya tak mahu menjadi orang yang penting dimata manusia. cuma mahu menjadi orang yang penting dimata Allah SWT dan Rasulullah SAW. supaya saya dibantu kelak di akhirat. supaya Allah mengampun dosa-dosa saya di dunia. supaya saya diberi nur dan hidayah olah Allah.supaya saya sentiasa beriman kepada Allah.

Jadi, kamu mahu menjadi orang penting? =)

No comments: