15 January 2011

Hukum memakai inai

Hukum memakai inai adalah HARUS.tetapi melukis corak-corak pada tangan dengan menggunakan inai macamana pulak?


Petikan ini diambil dari utusan.com.my dalam ruangan Bicara Agama. jawapan diberikan oleh Ustaz Abu Hassan Din (Ustaz Hassan Din).


picture source : Google

Soalan : Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?


Jawapan :


Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara.


Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis".


Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat.


Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut.Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.


Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam.


Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak.


Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar.


Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.


--------------------------------------------------------------------------------------------------


aku pernah pakai dua kali inai (henna) yang dilukis-lukis.first time masa study matriks dulu.siap tolong lukis kat kawan-kawan chinese lagi tuh.tapi takpa la depa bukan Islam.huhu.kali kedua tahun lepas.jalan-jalan kat BJ, ada orang wat promosi henna.try la pakai.tak tau lagi masa tu yang tak boleh lukis-lukis ni.


ok.dah tau sekarang.so kahwin nanti aku just pakai inai macam biasa kat hujung jari saja.itupun nak pakai inai henna tu saja sebab cepat hilang.tak mau pakai inai daun.mau berbulan-bulan baru hilang tu.dan darah aku bukan elok sangat.orang kata kalau darah elok,jari jadi merah elok bila pakai inai.tu tak masuk lagi tak boleh bagi ayam tengok la apa la.haish.


dan aku ELERGIK inai sebenarnya.tapi suka bau dia.suka sangat-sangat.bila pakai, lepas 2,3hari terus gatal-gatal dan naik macam kudis bisa yang berair tu.gatal gilos.so better pakai inai henna.cepat hilang dan tak payah la aku menanggung siksa menggaru-garu tangan ni.

2 comments:

in☂an Jun$u said...

o..baru tau.mmg kne share ni..kdg2 org Melayu kita ni xreti beza dh mana 1 adat,mana 1 tuntutan syarak..mana 1 boleh,mana 1 bidaah.

tang inai tu,org kata kalu nk bg merah elok,letak myk cap kapak.xtau la ye ke x,tp betoi la kot.huhu

Husna said...

haah kan..aku pon penah dgq letak minyak cap kapak.xpa..nnt aku try tgk.hehehe