13 January 2011

Ujrah yang menyusahkan

oohhoiiii...menyesal aku apply ujrah. konon nak kurangkan beban bayar 'BUNGA' pinjaman.tapi macam menyusahkan lagi ada la.complex + complicated.buat jela isi semula borang online.ni nak kena pos-pos plak.dengan duty stamp bagai.kuno betol la.ni la orang kata KERENAH BIROKRASI yang banyak songeh tak lain tak bukan nak menyusahkan orang.

aku terbaca dalam satu blog yang komen pasal ujrah.aku rasa ayah beliau dah meninggal dunia (Al-Fatihah..).then masa apply ujrah tu dia dah state status bapa dia tidak diketahui.means dah meninggal or tak dapat dikesan la.tapi bila dapat reply yang ujrah dah diluluskan,dalam borang depa letak pulak nama penjamin ialah ayah beliau.masa beliau apply PTPTN time study dulu, beliau letak penjamin ialah makcik beliau.pelik kan? kemudian beliau call ptptn nak suruh tukar la.tapi kena sound pulak dengan orang tu.siap cakap kalau rasa ujrah menyusahkan tak payah la apply,depa buat untuk orang yg betul-betul berminat ja. ada ka orang tak berminat nak kurangkan BUNGA pinjaman?ada ka? aku punya kalau buat potongan gaji tiap bulan kena bayar sampai dekat RM200.tinggi gila.tu kalau mai masa-masa sengkek nak pakai duit, jenuh la.tak dak pilihan.makan PASIAQ (pasir).

ni la kakitangan kerajaan (BUKAN SEMUA tapi yang pastinya MELAYU) buat kerja.malas.lepas tangan.kurang ajar. buat kerja tak bagus mana.mengumpat menjatuhkan orang nombor satu.aku yang melayu ni pun rasa malu.kalau sapa-sapa pernah kerja dengan bukan melayu, memang akan rasa perbezaan tu ketara sangat.kalau si A kerja bagus, si B akan berusaha jugak nak lawan untuk jadi bagus.tapi kalau melayu, si A kerja bagus, siap la dia. si B,C,D,E mula mengumpat, bawak mulut, iri hati sampai ada yang sanggup bomohkan.aku bukan cakap kosong.adik beradik,kawan-kawan aku pun ramai kerja gomen.memang tu kenyataan dia. memang ada yang dah kena.

kalau kerja dalam gomen, dikelilingi rakan sejawat berbangsa Melayu, kalau tak pandai bermuka-muka, kipas-kipas, kerja 2,3 bulan dah rasa macam nak hentuk kepala kat dinding.tension dowh..aku bukan nak kutuk bangsa sendiri.sapa la nak kutuk bangsa sendiri.sesama ISLAM pulak tu.kita kerja biar ikhlas kerana Allah.nak cari rezeki halal.kerja betul-betul.

aku cuma pegang, "kalo cakap banyak,banyak la salah silap dan dosa.banyak jugak sakitkan hati orang".cakap banyak tu macam mengumpat la.kalau cakap banyak hal yang bermanfaat dan berinfo tak pa la jugak kan.

OKEH.berbalik kepada cerita asal.UJRAH.hehehe.gila jauh terlajak ni.ampun.ampun.aku memang kalo naik bab-bab ni jadi hangin sikit.sebab dah banyak kali terkena dan tengok kesan dia atas orang keliling aku.minded kawan-kawan cha ya nun alif kat tempat kerja aku pun memang sangat negatif terhadap gov dan malay.aku rasa sakit hati la sangat.malu.

so aku amik keputusan nak ignore ja ujrah yang aku apply tu.takpalah.bak kata orang PTPTN tu,depa tawar untuk yang betul-betul berminat ja kan.aku dah kurang berminat dah.biar la aku bayar sendiri bulan-bulan takat mana mampu.asalkan aku terus bayar.kenang jasa PTPTN tolong masa belajar (dan susahkan selepas belajar). pasal bunga tu, redha jelah. nama pun BUNGA.akan sentiasa mekar,mewangi,berkembang.dunia.

aku bukan menghasut ni.ikut suka hampa semua la nak amik ka dak ujrah tu.aku malas dah nak pikir.ok.

tata titi tutu adios amigos! lap u! =p

2 comments:

airaniez wirdani said...

salam. heh...tak nak pakai ujrah juga ke?maaflah isi blog sy mcm nada *menghasut*.Tapi itulah kenyataannya..sesetengah org Melayu buat kerja separa ikhlas akhirnya menyusahkan org lain.sbr jela.apa2pun jgn tak bayar langsung ptptn.nnti dpt surat lawyer..hoho..salam perkenalan.

Husna said...

salam.hehehe.takdanya menghasut pon.sy mmg dh survey2 dh.rmai jgk yg takmo amik ujrah.lgpon perbezaan mcm tak byk pon.
yup2.tetap bayar walau ckit2.