04 January 2011

Zaman budak hingusan

masa kecik-kecik otak ligat pikir macam-macam rancangan merapu dan secara sengaja membuatkan mak abah pening kepala dan naik angin.patut la dari kecik-kecik kami semua 6 beradik kena hantar bagi orang mengasuh. cuma balik rumah untuk tidur ja. oh..rindunya saat '6 beradik' itu. T_T


kata mak,makanan yang jatuh ketanah.ee..kotor.jangan makan. tapi teori kami adik beradik? eh,buleh makan lagi tu.sebab bila makanan jatuh atas lantai, kuman semua terkejut dan terus melarikan diri.maka, kuman tak sempat la nak naik atas makanan.so?buleh makan.hehehe.teori ni bermula lepas penat kumpul duit nak beli lollipop pelangi yang mewah dan tiba-tiba terjatuh kelantai.pandang ke lantai sambil mata berair lalu berkata, rugi aku kumpul duit bazir cmtu ja baik aku habiskan (terus tercipta teori bijak itu ya).


selepas balik sekolah boleh relaks-relaks, rehat.tidur.tengok tv.main-main belakang rumah. pastu tengok tv lagi.then bila dengar bunyi kereta abah balik cepat-cepat lompat bangun pergi meja study dan terus study. dan dapat dengar tapak kaki abah naik tangga dan bukak pintu dan tutup pintu semula.ya.abah naik buat spot check.nasib baik sempat bukak buku.tapi itu bukan saya.itu abang saya.sungguh bijak berpura-pura.


main internet berchatting-chatting pakai mirc.tak main ah chatting dengan orang malaysia.nak chatting mesti dengan mat salih. kemudian nak jawab soalan "do you still a VIRGIN?" tak paham maksud virgin tu sebab bodoh sangat english time tu dan tambah pulak dengan malas cari kamus terus terpa tanya abah maksud dan macamana nak jawab soalan tu.abah senyum dan cakap "yes, i am".tapi masih tak faham maksud virgin tu sampai lah jumpa dalam kamus dan terus rasa malu.haish.


darjah satu bila pergi sekolah terus rasa homesick.mata pula selalu berair teringatkan mak.rehat pun selalu sorang-sorang.sedih.masuk kelas senyap tak bercakap dengan sapa-sapa pun.ya, sesungguhnya aku memang seorang yang sangat pemalu.tiap kali menulis, tersilap.keluarkan pemadam.padam elok-elok.tahi pemadam (habuk pemadam tu la..) wajib kutip dan masukkan dalam kotak pensil.sayang nak tinggalkan dekat sekolah sebab I HATE SCHOOL!!! balik rumah terus buang dalam longkang depan rumah.


zaman hingusan.bila diingat balik.sangat SYIOK!!!

No comments: