24 January 2011

Nak tipu pon agak-agak la

pernah dapat SMS macam ni?

"Ini abang guna telpon orng, tlong send credit Mexis 30RM k nmbor baru abng 0128640261 abng lgi ada masalh kat balai police ta payah call, sekejap bru abng call"

sila gelak guling-guling dan abaikan bila dapat mesej macam ni ye.agak-agak ah nak menipu pon.sah-sah la keja orang indon nih.ayat ntah apa-apa.MEXIS? ish.kat Malaysia ni mana ada company telekomunikasi nama MEXIS.hehehehe.

kalau nak menipu pon, belajar la bahasa malaysia bagi betul dulu.ni kalau ada sapa-sapa yang tertipu memang kesian tak tau nak cakap la kan.sila pi hentuk kepala kat dinding ye.jelas lagi terang nih.

budak umur 2bulan pun tau mesej ni tipu.apatah lagi orang dewasa malaysia yang pintar ni kan.hehehehe.

tu tak termasuk yang SMS cakap menang peraduan SHELL, menang RM19,000. lepastu siap call suruh pergi ATM la apa la. kan dah dinasihatkan jangan percaya.tapi ada jugak makhluk bangang dok percaya.ingat diri sendiri bertuah sangat la kan dapat RM19,000. pastu kena pukau habis licin duit dalam akaun. pastu buat report kena tipu, gambar masuk paper sambil cover muka dengan surat laporan polis.hahahaha.

kawan aku pernah dapat panggilan macam ni.bila kita tanya depa macam-macam dia marah kita pulak.yang pasti slang cakap tu paham-paham la bahasa apa kan.tanya no akaun maybank, bila cakap takdak, dia tnya pulak bank lain.hadoi..

lagi satu pasal MLM ni.kadang-kadang nak tergelak dengan depa yang obses sangat berbisnes cara macam ni.keluar modal,lepastu cari orang.bila tanya jual produk apa, tunjuk la produk macam-macam.tapi tengok tak jual pun.motif cuma nak cari orang ja.benda simple sangat, cari orang dan dapat duit.bila dah cari orang,yg atas mesti akan lagi untung.sistrem piramid.bukan ka dah keluar kata skim piramid ni haram? menindas orang dibawah.

setakat ni aku dah 3x pi dengar benda-benda macam ni.yala, kawan lama call,ajak keluar minum-minum.tapi bila jumpa dok promote masuk benda alah ni.cuba bayangkan.teros hilang mood nak berkawan.tapi layan jela kan.

kali pertama pasal satu bisnes ni.ala, yang hari tu kantoi masuk paper yang abis kereta mewah kena tarik la apa la tu. modal 40k.ofkos la kena buat loan. lepastu cari orang.ada yang berenti kerja buat full time.sekali kantoi.sekarang tengok yang mana pakai BMW,dah pakai KANCIL.camna tuh? hihihihi.

kali kedua pasal jual kad pembelajaran online.tapi masih kena cari orang.konon nak bantu anak-anak melayu belajar online,lebih efisien.padahal nak cari orang yang lebihnya.jual barang tak tara mana pun.yang tu pun tengok tak kemana pun.ada yang masuk, dengar kata tiap bulan dok pi pinjam duit nenek sendiri.betul ka tidak wallahualam...

kali kedua bisnes apa kebenda ntah la.tak tau produk apa.yang pasti depa asyik sebut environment kerja dia best.satu team semua satu kepala. ada yang baru habis belajar terus buat bisnes ni fulltime.tak pernah hantar resume kerja pun.ramai yang kerja cikgu masuk bisnes ni.mula-mula part time.lepastu berenti cikgu buat fulltime.apa dah jadi ni?kereta toksah cakap la.BMW tu kira bersepah la geng-geng depa ni.ayat dia lebih kurang macam ni

"tak payah susah payah cari orang pun.bisnes ni tak perlu cari orang.kita cuma nak cari team member yang satu kepala.baru syok kerja"

ok.fine.TEAM MEMBER tu bukan ORANG ka bongok?hadoi la.asas semuanya masih sama.kena cari orang.tak dapat orang tak dapat la duit.kerja apa la macam ni.tak nampak kat mana relevannya buat kerja macam ni.

kalau aku, aku lebih suka buat kerja yang nampak jelas dari atas sampai bawah.kalau jual produk, ada akad dia.jual beli yang jelas.

aku pernah masuk dalam forum yang bincangkan pasal MLM ni.biasa la.bila forum, ramai orang.ada yang sokong, ada yang tak sokong.gaduh-gaduh.baca pun sambil tergelak. yang sertai bisnes macam ni ofkos la depa sokong.siap kata,

"kerja gomen or swasta pun kira piramid la jugak.ada bos.kita buat kerja untuk bos.bos dapat duit banyak, kita yang kerja penat.menindas jugak tu"

ok.aku cuma nak kata orang yang cakap macam tu adalah BODOH SOMBONG.dah la bodoh,pastu dok buat kepala tau.dok keja gomen or swasta memang la ada yang jadi bos, ada yang jadi pekerja.tapi ada ka pekerja kena bayar duit untuk dapat gaji?selama aku dok kerja ni tak pernah pulak company aku mintak duit lepastu guna duit aku untuk bayar gaji bos.gaji bos pun dibayar sebab dia pun kena buat kerja.dah dia kerja kuat,kerja lama,ada pengalaman, belajar pandai, memang la dia jadi bos kan.adil la kan?

ada pulak yang bangga sebab dah dapat pulangan lumayan hasil buat bisnes ni.bangga pulak dapat sara parents guna duit ni.lagi bangga dapat beli keta besar-besar.elok-elok kerja sanggup berhenti.bayangkan la ada yang kerja polis, cikgu.

tolong la beringat.pikir elok-elok.nak cari rezeki biar jelas punca dia.nak bagi makan anak bini.jadi darah daging.jangan la kena tipu hidup-hidup!

2 comments:

Intan Junsu said...

ang buat aku teringat kpd kesah lama..kihkihkih

Husna said...

hehehe..haah..tak nampak plak sapa2 yg kisah lama tu pakai mecedis.ada ka?kot aku silap tengok ka apa ka..hehehe..