25 January 2011

Misi NiQuitin?

pernah tengok iklan pil NiQuitin kat tv yang turun-turun tangga merangkap berkurangnya minggu untuk nak kurangkan lalu berhenti merokok? tiap kali aku tengok iklan tu mesti teringat Nobi. rasa macam nak belikan pil ni sebab beliau sangat susah nak berhenti merokok.hangat-hangat tahi kambing. sampai demam-demam kalau stok rokok habis.


rupanya NiQuitin ni bukan setakat pil saja, ada yang lain. ada 3 pilihan.


1. NiQuitin Minis Mint Lozenges - design to help you quit one cigarette at a time


2. NiQuitin Patches - design to give you 24hours craving relief.


3. NiQuitin Lozenges - discreet way to manage your craving.


kalau tak tau nak pilih yang mana satu yang sesuai untuk diambil, sila lawat website NiQuitin ni. kena jawab sedikit soalan.contoh macam screenshot kat bawah ni.








tapi pesanan keras dari aku, kalau hati separuh ikhlas nak berhenti, tak tabah, tak cekal, tak sungguh-sungguh dan tak tahan kena kutuk dengan kawan-kawan bila bagitau kawan-kawan nak berhenti merokok lalu dihina,diketawakan dek kawan-kawan.tak dak maknanya makan ubat selori pun. tak kan menjadi. sila lupakan saja.

perokok ni kalau takat letak gambar geli-geli kat kotak rokok, iklankan pasal bahaya merokok, takkan bagi efek pon.dah keluar fatwa kata rokok HARAM pun, haram depa nak heran. melainkan letak bontot cik bab kat setiap batang rokok,mungkin depa akan berhenti.mungkin la kan.


so kepada sesiapa yang mempunyai pasangan yang kuat merokok, bersabar la.kalo dah depa liat sangat nak berhenti, bantu la mana yang patut kan. kalau dah kahwin, cuba ugut-ugut sikit. u tak berhenti merokok, jangan tidur dalam bilik okeh.hehehehehe.


apa-apa pun gunakan kreativiti sendiri la.insyaAllah, kalau depa sayang diri, sayang anak bini, depa akan berhenti jugak walaupun amik masa yang lama.


atau lepas orang yang depa sayang KO sebab hidu banyak sangat asap rokok.


ni ada aku amik cara-cara nak berhenti merokok dari website JustKhai :

1. Gula-gula Hacks merah sentiasa letak dalam beg.
- Setiap kali rasa nak berasap, makan gula Hacks ni cepat-cepat. Automatik tekak korang yang kononnya dahagakan asap tu, akan terbantut dek rasa ketidaksedapan gula-gula tadi.


2. EyeMore dalam beg.
- Rasa 'sangap' nak berasap, titikkan EyeMore dalam mata. Korang akan rasa segar since si perokok ni kalau tak dapat rokok, seriously akan buat dia rasa mengantuk. Mata merah. Si perokok gelarkan perkara ni sebagai 'sangap'.


3. Beli rokok tak sedap.
- Kalau korang dah hisap rokok Dunhill bertahun-tahun, korang akan rasa rokok lain tu semua rasa macam bangsat terutamanya yang lagi murah dari rokok yang biasa korang hisap. So tips ni agak susah. Apa rokok yang paling korang benci nak hisap, itulah rokok yang korang beli. Rasa gila babi punya sangap nak hisap rokok (desperados), amik rokok tadi, masuk mulut dan bakar. Automatik mental korang akan reject rasa rokok tu. Tapi sila paksa untuk hisap sampai habis. InsyaAllah korang akan ambil masa beberapa hari nak habiskan rokok tadi. Ingat, disiplin perlu ada. Jangan buang rokok tu pergi juga beli rokok yang korang suka pula. Ingat, disiplin!


4. Mak ayah korang.
- Bukan semua perokok ni ada lesen besar dari mak ayah diorang untuk merokok. Siapa mak ayah yang buat tak tahu je anak hisap rokok tu, baik korang cek surat beranak. Betul ke agaknya korang tu anak diorang? Ntah-ntah bukan kot? Sebab tu dia buat bodoh je korang nak mati cepat? Untuk yang tak dapat lesen tu, setiap kali korang sembur asap tu, bayangkanlah muka diorang. Betapa kecewanya kalau dia tahu anak dia buat perkara yang dia tak suka. Ala macam iklan kat TV tu lah, "dont break my heart". Korang kalau nengok iklan tu dan cakap "ada aku kesah", sah la korang ni tak sayang mak bapak korang. Teruk punya anak!


5. Air meneral letak tepi.
- Doktor selalu pesan banyak-banyakkan minum air kalau nak berhenti merokok. Sebabnya bila si perokok tak dapat nak berasap, dia akan rasa sentiasa dahaga. Sebenarnya bukan dahagakan air tapi lebih kepada dahagakan asap. So bila rasa macam tu, minum air meneral sampai kembung perut. Sure tak ingat rokok lagi dah. So pastikan air meneral sentiasa ada.


6. Bila melepak kat mamak.
- Kalau korang ada rokok sekotak, bila nak pergi mamak jangan bawa rokok tu. Untuk si perokok, lepak mamak tanpa rokok adalah perkara paling membosankan sebenarnya. Lagi-lagi kalau nengok bola kan? Rasa nak tido je atas meja mamak tu. Hehe. So paksa diri korang supaya jangan bawak rokok tu. Kalau rasa sangap sangat dah macam nak tidur atas meja mamak tu, beli rokok sebatang kat mamak tu. Sebatang dah 70 sen. Dua batang dah 1.40. Tiga batang dah 2.10. So korang akan nampak larung gila duit keluar beli batang-batang. So korang akan habiskan 3 batang je la masa tu. Berbanding korang bawak sekotak rokok, 4 jam lepak mamak, silap-silap habis dah sekotak. Terus beli lagi sekotak yang baru.



Source: www.justkhai.com

so, apa yang penting?? bukan KERJASAMA ye. sebab kerjasama kawan-kawan yang baik hati tolong suakan rokok tu la yang melingkupkan kesihatan anda.yang sebenar-benarnya penting disini ialah DISIPLIN, hati mau CEKAL, AZAM mau tinggi.


No comments: